Wednesday, 14 September 2016

Update Terkini 15/9/2016 Mengenai Pembayaran BKNS Untuk Pelajar Sabah di UPSI

PENERIMA BKNS YANG LAMA
Salam sejahtera dan salam negeri di bawah bayu. Berkenaan dengan pembayaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), saya sudah berhubung secara langsung dengan pegawai yang menguruskannya. Sebagai makluman, segala perihal mengenai pembayaran masih dalam proses iaitu di Bendahari Negeri. Pelbagai proses perlu dilalui untuk tujuan pembayaran BKNS kepada pelajar-pelajar tajaan BKNS. Berikut ada proses – proses tersebut:

Keputusan Peperiksaan Pelajar Terkini --> Pembantu Tadbir --> Pemantau --> Unit Kewangan--> Bahagian Akaun -->  Bendahari Negeri --> Kakitangan akan Bank-in di Akaun Pelajar -->  Bank   (proses selama 3 hari)

Semua proses ini mungkin memakan masa selama sebulan (maksima). Oleh sebab itu, kepada pelajar-pelajar yang masih belum menghantar keputusan peperiksaan terkini disarankan agar menghantar keputusan tersebut dengan kadar yang segera melalui bkns.jpan@sabah.gov.my .

PENERIMA BKNS YANG BARU
Kepada semua penerima BKNS yang baru, mohon banyakkan bersabar sebab pembayaran BKNS memang agak lewat berbanding penerima BKNS yang lama. Belum ada tarikh yang pasti lagi bila pembayaran akan dilakukan. Diharap semua penerima BKNS sudah menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan untuk diproses dengan kadar yang segera.

PERMOHONAN RAYUAN BKNS
Bagi pelajar yang sudah mengemukakan Permohonan Rayuan BKNS, keputusan dijangka akan dimaklumkan pada bulan Oktober (hanya jangkaan).

Saya berharap, dengan penjelasan ini boleh menjawab segala tanda tanya yang bermain di fikiran kita semua. Saya akan sentiasa ‘follow-up’ mengenai urusan pembayaran BKNS kepada pelajar.

Sekian, Terima Kasih.

Chonnel George,
Majlis Perwakilan Pelajar Etnik Sabah,
Sesi 2016/2017.

Friday, 26 August 2016

5 SOALAN UTAMA PELAJAR BARU!

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. Perkongsian ini adalah pengalaman yang pernah dialami oleh admin dan rakan-rakan sewaktu masih bergelar junior di Universiti. Semua yang dinyatakan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak. Jika ada persamaan, semua itu mungkin berlaku secara kebetulan sahaja. 

Selamat Membaca!!


SABAHAN VERSION

1. Bro, kalau di Universiti bah, perlu laptop kaitu?
  • Inda, inda. Inda perlu. Semua assignment yang lecturer bagi sebanyak 100 muka surat, ko tulislah guna tangan. Hehehe.. Main-main saja. Eya, memang perlu tu. Buat assignment mimang guna laptop.

2. Kad ATM sia kan, BSN oh. Buli kaitu ar kalau sia kasi keluar duit guna ATM lain?
  • Buli baitu. Yang penting kad ATM ko dan Mesin ATM tu ada kana tulis MEPS.

3. Ada kana kasi sedia kaitu cadar, selimut dan sarung bantal di Kolej Kediaman?
  • Indada! Beli sendiri tu. 

4. Buli memasak kaitu di Kolej Kediaman?
  • Buli juga la. Masak nasi dan air panas saja. Tapi, kasi daftar dulu itu barangan letrik sana GEMILANG. Kalau inda, dorang saman atau rampas oh.

5. Itu bas UPSI bha, buli kaitu sia guna sepanjang tahun?
  • Buli bai tu. Mimang kana kasi sedia tu untuk pigi Kuliah. 


PROPER VERSION

1. Kalau di Universiti, perlu laptop kah?
  • Ya, memang sangat-sangat perlu. Laptop tu ibarat nyawa kedua selain Handphone. Semua assignment yang diberikan oleh pensyarah harus dilakukan dengan menggunakan laptop. Kesimpulannya, laptop sangat-sangat perlu.

2. Kalau saya guna Kad ATM BSN, bolehkah saya keluarkan duit dengan menggunakan ATM Maybank dan Bank ISLAM?
  • Boleh. Selagi ada tertera MEPS pada kad ATM dan Mesin ATM, segala pengurusan mengenai pengeluran duit BOLEH dilakukan.

3. Kalau di Kolej Kediaman, adakah pihak kolej akan menyediakan keperluan seperti cadar, sarung bantal dan selimut?
  • Tidak. Pihak kolej tidak akan menyediakannya sama sekali kepada pelajar. Pelajar haruslah menyediakannya sendiri.

4. Boleh atau Tidak memasak di  Kolej Kediaman?
  • Boleh, dengan menggunakan rice cooker dan heater sahaja. Tetapi, pelajar haruslah mendaftarkan barangan elektrik tersebut kepada pihak GEMILANG.

5. Bolehkah saya menggunakan bas UPSI untuk sepanjang tahun?
  • Boleh. Perkhidmatan Bas memang disediakan kepada pelajar untuk pergi kuliah. 

Wednesday, 24 August 2016

Berita Terkini Mengenai Pembayaran Elaun BKNS

By: Bileron Buruntong, MPP Etnik Sabah Sesi 2015/16

Selamat Pagi Kepada Semua Mahasiswa/i SABAH IKSAS UPSI..
Terlebih dahulu saya mengucapkan Tahniah kepada semua Mahasiswa/i Sabah UPSI yang berjaya mendapat Result yang terbaik pada sesi 2 2015/2016 lepas yang tidak berjaya tidak apa ada lagi semester depan yang mana semester baharu akan bermula pada

: Minggu Kedua SEPTEMBER
( 05 September 2016 Bersamaan Hari Isnin )

Kembali Ke Pangkuan Ibu Kandung Suluh Budiman dengan Restu dan semangat baharu menghadapi semester 1 2016/2017.

1. Buat Mahasiswa/i ambilan September ! Selamat datang dan gunakan peluang yang diberikan Kepada anda dengan sebaiknya untuk ilmu di masa hadapan, keluarga, bangsa dan negeri kita.
Selamat datang warga iksas upsi baharu dan selamat bergelar anak kandung suluh budiman .. welcome Cikgu!! ^_^ <3

2. Khusus buat Mahasiswa/i Tajaan BKNS :
Saya sempat berbual dengan pengawao bkns sebentar tadi.
BKNS AKAN KREDITKAN BAYARAN KEPADA KITA SECARA BERPERINGKAT PADA MINGGU INI DAN AWAL MINGGU HADAPAN KERANA MEREKA AKAN SEIMBANGKAN PEMBAYARAN SELURUH IPT YANG MENJADI TAJAAN DARI BKNS.
PEMBAYARAN AKAN TERUS KE AKAUN MASING-MASING DAN TIDAK LAGI MELALUI BENDAHARI UPSI.

A) PEGAWAI BKNS BERPESAN AGAR ANAK2 BAWAH TAJAAN BKNS HARUSLAH MENUNAIKAN BAYARAN YURAN PENUH SENDIRI KE PIHAK BENDAHARI UPSI. ( SEBARANG PEMBAYARAN YANG TIDAK DITUNAIKAN OLEH PELAJAR PIHAK BKNS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB) maka itu pelajar tajaan itu sendiri harus bertindak membayar segala yuran yang harus ditunaikan.

B) KHUSUS UNTUK GURU-GURU PRAKTIKUM ANAK SABAH YANG DIBAWAH TAJAAN BKNS .. JIKA ANDA MASIH MAHU ELAUN PRAKTIKUM SILA BERBUAT DEMIKIAN SEPERTI YANG TELAH SAYA UMUMKAN.

3. KHUSUS BUAT ANAK2 SABAHAN UPSI YANG TIDAK BERJAYA DALAM PERMOHONAN BKNS SESI INI. JIKA ANDA MASIH BERMINAT UNTUK MENDAPAT TAJAAN BKNS SILALAH KEMUKAKAN RAYUAN BERTULIS KEPADA PIHAK BKNS. ( CARA SUDAH DI AJAR PADA TAKLIMAT BKNS SEM LEPAS) SILA RUJUK SEMULA..

4. Khusus buat Mahasiswa/i tajaan PTPTN ..dimklumkan bahawa Pembayaran suda D kreditkan bermula hari ini dan akan masuk berperingkat.. Gunakan wang itu sebaiknya ya.. Guna untuk keperluan kampus .

5. Buat Mahasiswa/i Tajaan BKNS/PTPTN Semester 5 dan 6  : Silalah Save Duit anda Sepanjang Semester (Tabungan wang sendiri) ini bertujuan
Untuk kegunaan Praktikum semester 7 .Seperti yang di ketahui bahawa Semasa praktikum banyaklah wang yang digunakan(membuat Abm,sewa rumah,makan,sewa pengangkutan dan sebagainya) Kami barisan kepimpinan Anak Borneo ingin menasihatkan Junior2 untuk berbuat demikan untuk keselesaan di masa hadapan! ..

Semoga semester yang bakal bermula ini akan memberikan lagi semangat kepada kita untuk terus maju dalam bidang ilmu yang kita pelajari..
Majlis Perwakilan Pelajar Etnik Sabah
Sesi 2015/16

Tuesday, 23 August 2016

BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH 2016

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.


Pertama sekali, ucapan tahniah kepada para pelajar yang telah diluluskan permohonan BKNS 2016. Nasihat daripada admin, sila semak semua dokumen yang diperlukan dan hantar dengan segera. Bagi yang kurang bernasib baik, anda boleh melakukan permohonan rayuan. Keputusan rayuan BKNS akan dimaklumkan setelah mendapat maklum balas daripada pihak pengurusan BKNS dari masa ke semasa. 

Mengenai tarikh pembayaran elaun@biasiswa bagi semester yang terdekat ini, pihak MPP Etnik Sabah dan MT IKSAS sudah menghubungi pihak pentadbiran BKNS. Buat masa sekarang, masih belum ada tarikh yang pasti lagi. Diharap agar semua pelajar sabar menanti.

Suka untuk admin mengingatkan bahawa pihak BKNS akan membayar secara terus kepada akaun yang digunakan oleh pelajar dan bukan lagi melalui Bendahari UPSI. Sila pastikan bahawa akaun yang anda gunakan masih lagi aktif.

Sekian, Terima Kasih.

TIPS PERJALANAN DARI KLIA/KLIA2 KE UPSI


By: Sheryl Wong

Anda bimbang anda akan sesat? Anda gementar kerana pertama kali menjejak kaki di tanah Semenanjung?
Jangan risau, di sini saya akan berkongsi tips ‪#‎Transportation101‬ untuk membimbing perjalanan anda daripada lapangan terbang ke UPSI terutama sekali bagi pelajar baru yang datang jauh daripada Sabah dan Sarawak.


[TIPS PENGANGKUTAN DARI KLIA/KLIA2 KE UPSI]
1. KLIA Ekspres -> ETS -> Teksi
Pergi ke kaunter KLIA Ekspres dan membeli tiket tren KLIA Ekspres untuk bertolak ke KL Sentral, lepas itu menggunakan tren ETS dari KL Sentral menuju ke Tanjung Malim. Setelah tiba di stesen KTM Tanjung Malim, naik teksi/prebet ke Kampus Baru UPSI. Harga tiket sehala tren KLIA Ekspres ialah RM55 untuk dewasa (RM35 bagi pelajar yang mempunyai KADS1M), boleh dapat 10% diskaun sekiranya membeli tiket melalui kiosk layan diri. Harga tiket sehala ETS KL Sentral ke Tanjung Malim adalah RM15 (ETS Silver) dan RM20 (ETS Gold). Harga teksi/prebet adalah lebih kurang dalam lingkungan RM10-RM30. Tambang teksi agak mahal berbanding dengan prebet. Secara umumnya, perjalanan ini boleh dikatakan yang paling cepat dan senang, tetapi kos perbelanjaan adalah yang paling tinggi.

2. KLIA Ekspres -> Komuter -> Teksi 
Pergi ke kaunter KLIA Ekspres dan membeli tiket tren KLIA Ekspres untuk bertolak ke KL Sentral, lepas itu membeli tiket komuter dengan harga RM10.50 sehala untuk bergerak dari KL Sentral ke Tanjung Malim. Setelah tiba di stesen KTM Tanjung Malim, naik teksi/prebet ke Kampus Baru UPSI. Komuter adalah tren dengan harga tiket yang lebih murah, tetapi mengambil masa yang panjang ke destinasi berbanding dengan tren ETS.

3. Aerobus/Skybus -> KTM -> Teksi
Membeli tiket bas Aerobus/Skybus di kaunter pengangkutan untuk bertolak ke KL Sentral, lepas itu menggunakan komuter bergerak dari KL Sentral menuju ke Tanjung Malim. Setelah tiba di stesen KTM Tanjung Malim, naik teksi/prebet ke Kampus Baru UPSI. Bas ini akan mengambil masa 1 jam ke KL Sentral dengan harga RM11 sehala sahaja. Setelah tiba di stesen KTM Tanjung Malim, naik teksi/prebet ke Kampus Baru UPSI.

4. Star Coach -> Bas TM-KL -> Teksi
Membeli tiket bas Star Coach yang berharga RM11 sehala di kaunter pengangkutan. Bas ini akan bergerak ke Pudu Sentral, tetapi bas ini tidak akan masuk ke dalam Pudu Sentral. Oleh itu, minta pemandu bas untuk berhenti di Mydin, dan berjalan ke arah bangunan UTC. Terus bergerak ke basement bangunan UTC (tempat parkir bas), mencari bas TM-KL di Platform 5 dan membeli tiket bas (RM7.70) terus di sana. Bas TM-KL adalah satu-satunya bas di Pudu Sentral yang bertolak ke Tanjung Malim, dan ia akan berhenti di stesen bas Pekan Tanjung Malim. Selepas turun dari bas, naik teksi/prebet menuju ke Kampus Baru UPSI. Tidak menggalakkan pelajar yang membawa banyak bagasi untuk mengambil perjalanan ini.

5. Teksi Putih (Airport Taxi)
Membeli kupon teksi di kaunter pengangkutan. Teksi ini boleh mengangkut anda terus daripada lapangan terbang ke Kampus Baru UPSI. Harga kupon teksi dari lapangan terbang ke UPSI adalah dalam lingkungan RM140-RM430 berdasarkan jenis teksi (bajet/premier) dan jenis kenderaan teksi. Sekiranya anda mengambil teksi pada masa 11.30pm-6.00am, caj tambahan sebanyak 50% daripada tambang asal akan dikenakan.

Segala maklumat yang dikongsi di atas adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman kawan saya di universiti. Harap semua informasi ini dapat memberi serba sedikit pengetahuan dan dimanfaat oleh semua anak perantauan UPSI. Minta maaf sekiranya berlakunya kesilapan maklumat mahupun perubahan daripada mana-mana pihak pengangkutan awam dari semasa ke semasa.
Apa-apa pun, jangan lupa untuk menjaga keselamatan diri sendiri sepanjang perjalanan ke UPSI.
Selamat mencuba dan selamat meneroka!

Thursday, 18 August 2016

"Selamat Datang Kepada Semua Pelajar Degree Ambilan September 2016/2017"


Majlis Tertinggi Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua bakal mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris, degree ambilan September 2016! Sememangnya tidak dinafikan bahawa memang agak sedih untuk meninggalkan keluarga di kampung. Tapi, kita harus ingat, segala kejayaan dan keberhasilan dalam hidup ada harga yang harus dibayar. Harus ada pengorbanan untuk mencapai suatu matlamat. Sebagai pelajar, perkara yang harus kita fokus adalah menggenggam segulung ijazah dan menghadiahkannya kepada ibu bapa kita. 

Selain itu, jika ada sebarang kemusykilan dan masalah, sila berhubung dengan mana-mana Majlis Tertinggi IKSAS bagi mencari jalan penyelesaian secara bersama. Di samping itu, pelajar Sabah yang baru saja mendaftar sebagai pelajar di UPSI adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan diri sebagai ahli IKSAS, kerana sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar, pihak IKSAS akan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi tersebut. Pihak IKSAS akan mencuba untuk membantu dan menjaga kebajikan pelajar Sabah dengan sebaik mungkin.

Sekian, Terima Kasih.