Wednesday, 14 September 2016

Update Terkini 15/9/2016 Mengenai Pembayaran BKNS Untuk Pelajar Sabah di UPSI

PENERIMA BKNS YANG LAMA
Salam sejahtera dan salam negeri di bawah bayu. Berkenaan dengan pembayaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), saya sudah berhubung secara langsung dengan pegawai yang menguruskannya. Sebagai makluman, segala perihal mengenai pembayaran masih dalam proses iaitu di Bendahari Negeri. Pelbagai proses perlu dilalui untuk tujuan pembayaran BKNS kepada pelajar-pelajar tajaan BKNS. Berikut ada proses – proses tersebut:

Keputusan Peperiksaan Pelajar Terkini --> Pembantu Tadbir --> Pemantau --> Unit Kewangan--> Bahagian Akaun -->  Bendahari Negeri --> Kakitangan akan Bank-in di Akaun Pelajar -->  Bank   (proses selama 3 hari)

Semua proses ini mungkin memakan masa selama sebulan (maksima). Oleh sebab itu, kepada pelajar-pelajar yang masih belum menghantar keputusan peperiksaan terkini disarankan agar menghantar keputusan tersebut dengan kadar yang segera melalui bkns.jpan@sabah.gov.my .

PENERIMA BKNS YANG BARU
Kepada semua penerima BKNS yang baru, mohon banyakkan bersabar sebab pembayaran BKNS memang agak lewat berbanding penerima BKNS yang lama. Belum ada tarikh yang pasti lagi bila pembayaran akan dilakukan. Diharap semua penerima BKNS sudah menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan untuk diproses dengan kadar yang segera.

PERMOHONAN RAYUAN BKNS
Bagi pelajar yang sudah mengemukakan Permohonan Rayuan BKNS, keputusan dijangka akan dimaklumkan pada bulan Oktober (hanya jangkaan).

Saya berharap, dengan penjelasan ini boleh menjawab segala tanda tanya yang bermain di fikiran kita semua. Saya akan sentiasa ‘follow-up’ mengenai urusan pembayaran BKNS kepada pelajar.

Sekian, Terima Kasih.

Chonnel George,
Majlis Perwakilan Pelajar Etnik Sabah,
Sesi 2016/2017.