Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. Perkongsian ini adalah pengalaman yang pernah dialami oleh admin dan rakan-rakan sewaktu masih bergelar junior di Universiti. Semua yang dinyatakan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak. Jika ada persamaan, semua itu mungkin berlaku secara kebetulan sahaja.
Selamat Membaca!!
SABAHAN VERSION
1. Bro, kalau di Universiti bah, perlu laptop kaitu?
- Inda, inda. Inda perlu. Semua assignment yang lecturer bagi sebanyak 100 muka surat, ko tulislah guna tangan. Hehehe.. Main-main saja. Eya, memang perlu tu. Buat assignment mimang guna laptop.
2. Kad ATM sia kan, BSN oh. Buli kaitu ar kalau sia kasi keluar duit guna ATM lain?
- Buli baitu. Yang penting kad ATM ko dan Mesin ATM tu ada kana tulis MEPS.
3. Ada kana kasi sedia kaitu cadar, selimut dan sarung bantal di Kolej Kediaman?
- Indada! Beli sendiri tu.
4. Buli memasak kaitu di Kolej Kediaman?
- Buli juga la. Masak nasi dan air panas saja. Tapi, kasi daftar dulu itu barangan letrik sana GEMILANG. Kalau inda, dorang saman atau rampas oh.
5. Itu bas UPSI bha, buli kaitu sia guna sepanjang tahun?
- Buli bai tu. Mimang kana kasi sedia tu untuk pigi Kuliah.
PROPER VERSION
1. Kalau di Universiti, perlu laptop kah?
- Ya, memang sangat-sangat perlu. Laptop tu ibarat nyawa kedua selain Handphone. Semua assignment yang diberikan oleh pensyarah harus dilakukan dengan menggunakan laptop. Kesimpulannya, laptop sangat-sangat perlu.
2. Kalau saya guna Kad ATM BSN, bolehkah saya keluarkan duit dengan menggunakan ATM Maybank dan Bank ISLAM?
- Boleh. Selagi ada tertera MEPS pada kad ATM dan Mesin ATM, segala pengurusan mengenai pengeluran duit BOLEH dilakukan.
3. Kalau di Kolej Kediaman, adakah pihak kolej akan menyediakan keperluan seperti cadar, sarung bantal dan selimut?
- Tidak. Pihak kolej tidak akan menyediakannya sama sekali kepada pelajar. Pelajar haruslah menyediakannya sendiri.
4. Boleh atau Tidak memasak di Kolej Kediaman?
- Boleh, dengan menggunakan rice cooker dan heater sahaja. Tetapi, pelajar haruslah mendaftarkan barangan elektrik tersebut kepada pihak GEMILANG.
5. Bolehkah saya menggunakan bas UPSI untuk sepanjang tahun?
- Boleh. Perkhidmatan Bas memang disediakan kepada pelajar untuk pergi kuliah.
Pelajar diploma muzik yg baru perlu bwa printerkh
ReplyDelete